06 Mei 2026 - Satu lawatan daripada MBOT (Malaysia Board of Technologists) telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Selandar. Senarai Kehadiran Pegawai MBOT adalah seperti berikut:
1. Puan Hjh. Nur Sakinah binti Ishak – Timbalan Pendaftar
2. Ts. Muhammad Zul Faiz bin Mohd Rosli – Penolong Pendaftar
3. Puan Nurul Azyan Izzati binti Rendrye – Penolong Pendaftar
4. Cik Aina Batrisyia binti Mohd Zakir Husin – Penolong Pegawai Tadbir
Kolaborasi ini memberi fokus kepada:
• Pengiktirafan Profesional: Memberi laluan kepada pelajar dan tenaga pengajar untuk mendapatkan pensijilan seperti Technologist dan Certified Technician di bawah MBOT.
• Peningkatan Kompetensi: Pembangunan kemahiran selari dengan kehendak industri melalui latihan berasaskan teknologi terkini.
• Perkongsian Kepakaran: Melibatkan tenaga pakar industri dan akademik dalam program latihan, seminar, dan bengkel teknikal.
• Kebolehpasaran Graduan: Meningkatkan peluang pekerjaan melalui standard kompetensi yang diiktiraf di peringkat nasional.
Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi manfaat dalam meningkatkan kefahaman mengenai MBOT (Malaysia Board of Technologists) serta membuka ruang kerjasama bagi memperkasa pembangunan profesional tenaga pengajar.
