28 April 2026 - Satu lawatan rasmi dari Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah diadakan ke ADTEC JTM Kampus Selandar. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membicangkan berkaitan peluang dan laluan kemasukan pelajar dari ADTEC JTM Kampus Selandar ke Universiti Islam Melaka, khususnya dalam program-program yang bersesuaian dengan bidang pengajian TVET.
Pihak Universiti Islam Melaka memberikan taklimat ringkas mengenai program akademik yang ditawarkan serta syarat kemasukan bagi pelajar lepasan diploma/kemahiran.
Perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada pelajar ADTEC.
Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan lancar. Diharapkan lawatan ini juga dapat memberi manfaat kepada kedua-dua institusi serta membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.