28 April 2026 - Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak JKKP Malaysia bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).
Perbincangan telah diadakan bersama Pegawai JKKP Pn. Nurul Syahidatulizzaty binti Md Halim, selaku Ketua Seksyen Promosi Dan Sumber dan En. Mohd Lizan bin Mohd Manaker, selaku Penolong Pengarah Community Employment Support Service (CESS).
Perbincangan ini memberi fokus kepada:
• Pemerkasaan budaya kerja selamat dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar
• Perkongsian kepakaran serta amalan terbaik industri
• Pelaksanaan program latihan dan kesedaran OSH secara berterusan
• Pematuhan kepada standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Melalui kerjasama ini, diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja TVET yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah mempunyai kesedaran keselamatan yang mantap selaras dengan keperluan industri semasa.