28 April 2026 - Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak PERKESO bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek kebajikan dan perlindungan sosial tenaga kerja.
Perbincangan telah diadakan bersama wakil Pegawai PERKESO dan En. Mohd Lizan bin Mohd Manaker selaku Penolong Pengarah Community Employment Support Service (CESS).
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada:
• Inisiatif latihan dan peningkatan kemahiran (reskilling & upskilling)
• Kesedaran mengenai kepentingan keselamatan sosial dalam alam pekerjaan
Melalui kolaborasi ini, diharapkan dapat melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan dengan sokongan perlindungan sosial yang komprehensif serta selari dengan keperluan industri semasa.