18 Mei 2026 - Bertempat di PROTON Institute Melaka, para huffaz teknokrat ADTEC JTM Kampus Selandar berpeluang menyantuni program bersama Ketua Menteri Melaka Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Program dilihat merupakan platform terbaik dalam usaha mendengar dengan lebih jelas suara anak-anak muda mengenai prestasi pentadbiran kerajaan negeri Melaka disamping mengangkat idea para mahasiswa dalam negeri Melaka.
YAB Datuk turut menyentuh landskap pemerkasaan TVET dalam kalangan mahasiswa dan juga pemantapan pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Semoga sesi perkongsian ini menyuntik semangat para huffaz dalam menjadi sebahagian daripada pembangunan bidang TVET di Malaysia.

