12 Mac 2026 - Ramadhan bukan sahaja mendidik kita menjadi insan yang tekun beribadah, tetapi mengimarahkannya dengan berkongsi rezeki sesama insan. Warga ADTEC JTM Kampus Selandar berkesempatan berkongsi rezeki dengan penyediaan bubur lambuk yang menyelerakan dan pasti menggamit sesiapa yang merasainya.
Turut menyantuni sesi mengacau bubur lambuk, Pengarah Kementerian Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Zailani Bin Siran turut berkesempatan meluangkan masa dan beramah mesra dengan warga ADTEC JTM Kampus Selandar.
Rezeki turut dikongsikan bersama-sama komuniti setempat iaitu anggota Balai Polis Selandar, warga Klinik Kesihatan Selandar, warga Angkatan Pertahanan Awam Selandar, warga Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin serta warga Kolej Komuniti Selandar.