09 Mac 2026 - Satu taklimat kerjaya telah dijalankan oleh Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) bersama para pelajar semester akhir kursus Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) dan kursus Teknologi Rekabentuk Produk Industri.
Sesi perkongsian disampaikan oleh Encik Mohd Khairi B. Rahim, Ketua Bahagian Aero Composites Training Centre (ACTC), CTRM Cawangan Melaka. Perkongsian ini meliputi peluang membina masa depan serta laluan kerjaya yang ditawarkan di CTRM.
Semoga perkongsian ini memberi gambaran yang jelas dalam laluan kerjaya dalam bidang kemahiran.
