15 Julai 2025 - Satu lawatan rasmi dari Universiti Islam Selangor (UIS) telah diadakan ke ADTEC JTM Kampus Selandar. Lawatan ini melibatkan seramai empat (4) orang delegasi dari UIS yang terdiri daripada pegawai-pegawai berikut:
1. Prof. Madya Dr. Zetty binti Rashed
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), UIS
2. Dr. Rohana binti Zakaria
- Ketua Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, UIS
3. Dr. Muhammad Syafee
- Ketua Jawatankuasa TVET Tahfiz, UIS
4. Ustaz Mahmud Lutfi bin Lutfi
- Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, UIS
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai fungsi, program, dan pencapaian ADTEC JTM Kampus Selandar yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah, Ts. Rostam bin Hashim.
Antara pengisian utama sepanjang lawatan ini adalah seperti berikut:
• Pembentangan mengenai Program TVET Tahfiz
• Perbincangan kolaborasi dan potensi kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Selandar dan UIS
• Sesi soal jawab dan pertukaran pandangan
• Lawatan ke bengkel-bengkel utama ADTEC JTM Kampus Selandar
Lawatan ini diharap dapat membuka ruang kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa pendidikan TVET khususnya dalam kalangan pelajar tahfiz.