TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)

Terputus Hubungan INTERNET?
Kami HUBUNGKAN DUNIA...
Kursus Teknologi Komputer Rangkaian adalah Program Latihan TVET yang memberi pengetahuan dan latihan kemahiran teknikal yang mendalam berkaitan Bidang Rangkaian Komputer dan Teknologi Maklumat. Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari penggunaan aplikasi pejabat, konfigurasi perkakasan dan perisian komputer, serta asas-asas penting dalam pembinaan dan pengurusan rangkaian komputer seperti topologi, protokol, dan pemasangan kabel.
Selain itu, kursus ini turut memberi fokus kepada aspek pengurusan pelayan (server), teknologi tanpa wayar (wireless), dan pemasangan rangkaian fiber optik untuk meningkatkan kelajuan dan kecekapan rangkaian. Pelajar juga akan dilatih berkaitan keselamatan rangkaian, penyelenggaraan rangkaian, serta pengurusan projek IT yang berkesan. Pengetahuan tentang Sistem Operasi Windows dan Linux, asas pengaturcaraan serta konfigurasi peranti mudah alih dalam rangkaian turut diterapkan dalam kursus ini.
Secara keseluruhannya, kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia teknologi yang pesat berkembang, dengan memberi mereka kemahiran praktikal yang diperlukan untuk merancang, mengurus, dan menyelenggara rangkaian komputer yang efisien dan selamat di peringkat global.
SYARAT KEMASUKAN
- Berumur 16 - 35 Tahun.
- Warganegara Malaysia.
- Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 3 juzuk hafazan.
- Boleh membaca, mengira dan menulis (3M).
- Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
JANGKA MASA KURSUS
- 15 bulan termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - Tahap 3
PELUANG KERJAYA
Lepasan pelajar Sijil Teknologi Komputer Rangkaian berpeluang memasuki pelbagai bidang pekerjaan dalam industri teknologi maklumat dan rangkaian. Berikut adalah beberapa bidang pekerjaan yang sesuai:
- Juruteknik Rangkaian Komputer (Computer Network Technician)
- Juruteknik Penyelenggaraan Rangkaian (Network Maintenance Technician)
- Juruteknik Pengurusan Pelayan (Server Administrator Technician)
- Juruteknik Fiber Optik (Fiber Optic Technician)
- Juruteknik Sokongan IT (IT Support Technician)
- Pembantu Jurutera Rangkaian Komputer (Computer Network Assistant Engineer)
- Pembantu Jurutera Projek IT (IT Project Assistant Engineer)
- Pembantu Pengurus Rangkaian (Network Administrator Assistant)
- Pemasang dan Penyelia Kabel Rangkaian (Network Cabling Installer)
- Usahawan Peralatan IT
Lepasan Sijil Teknologi Komputer Rangkaian juga berpeluang bekerja di pelbagai sektor, termasuk syarikat teknologi, organisasi kerajaan dan perusahaan swasta yang memerlukan sokongan rangkaian dan sistem komputer yang efisien.
MODUL PEMBELAJARAN
Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah yang dijalankan Jabatan Pembangunan Kemahiran.
SEMESTER 1 | SEMESTER 2 | SEMESTER 3 |
OFFICE APPLICATION | SERVER ESSENTIAL | COMPUTER NETWORK MAINTENANCE |
COMPUTER HARDWARE & SOFTWARE | WIRELESS TECHNOLOGY | LINUX ESSENTIAL |
NETWORK FUNDAMENTAL | FIBER NETWORK CABLING | FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING |
NETWORK STRUCTURED CABLING | COMPUTER & NETWORK SECURITY | ETHERNET SWITCHING |
MATHEMATICS 1 | PROJECT MANAGEMENT | MOBILE DEVICE CONFIGURATION |
PHYSICS 1 | MATHEMATICS 2 | MATHEMATICS 3 |
ISLAMIC STUDIES 1 | PHYSICS 2 | ENGINEERING SCIENCE 1 |
TECHNICAL ENGLISH 1 | ISLAMIC STUDIES 2 | ISLAMIC STUDIES 2 |
CO-CURRICULUM 1 | TECHNICAL ENGLISH 2 | E-ENTREPRENEURSHIP |
NCS (CORE ABILITIES) 1 | CO-CURRICULUM 2 | NCS (CORE ABILITIES) 3 |
NCS (CORE ABILITIES) 2 |