INFO KORPORAT

ADTEC JTM Kampus Selandar adalah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). ADTEC JTM Kampus Selandar yang dahului dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar telah ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan telah diberikan penjenamaan nama serta logo baru pada 3 November 2025. ADTEC JTM Kampus Selandar dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK 8) atas tanah seluas 50 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka dan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 600 orang pelajar dan mempunyai seramai 76 orang staf.
Penubuhan ADTEC JTM Kampus Selandar adalah bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 serta untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Sejajar dengan matlamat tersebut, ADTEC JTM Kampus Selandar memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam 2 bidang kursus iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal. Antara kursus yang ditawarkan termasuklah Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Multimedia Interaktif, CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.
| VISI |
| Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing. |
| MISI |
| Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. |
| OBJEKTIF |
|