PENCAPAIAN TAHUN 2025
PIRC'25: PERAK INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION
25-27 April 2025 | ADTEC JTM Kampus Taiping, Perak
PIRC 2025 mencipta sejarah dengan penyertaan 1,014 pasukan dari 7 negara, melibatkan 8 kategori robot sumo berprestij, sekali gus memperlihatkan semangat inovasi dan persaingan sihat di peringkat antarabangsa. Turut hadir memeriahkan majlis ,Yang Berbahagia Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia,Yang Berusaha Technologist Kamaruzaman bin Hj Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia,Yang Berusaha Technologist Tuan Haji Zulkifle bin Omar, Pengarah ADTEC JTM Kampus Taiping,Yang Berusaha Technologist Zamzuri Bin Hassan, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kemaman merangkap Pengerusi Persatuan i-Robotik Pulau Pinang serta Delegasi luar negara dari Indonesia, Thailand, Filipina, Jepun, Turki, dan Mexico.
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, yang mewakili Yang Berhormat Tuan Sivanesan A/L Achalingam,Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak.
ADTEC JTM Kampus selandar telah menghantar penyertaan bagi Kategori 1KG SUMO Auto Non Magnetic , 3KG SUMO Auto Non Magnetic serta 3KG SUMO RC Non Magnetic. Tahniah dan syabas buat pasukan ADTEC JTM SELANDAR yang telah memenangi kategori yang disertai iaitu, 3 KG SUMO Auto Non Magnetic :
1. Naib Juara: Pasukan Pitaya Alpha
2. Tempat ke-3: Pasukan Pitaya Asumo
Semoga penyertaan di peringkat antarabangsa ini dijadikan sebagai inspirasi dalam melahirkan huffaz tenokrat yang kreatif serta berinovasi dalam menjadi peneraju pembangun Madani.
PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET TAHUN 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa, penilaian verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET telah dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penarafan Tunggal Program TVET. Keputusan ini adalah berdasarkan pengauditan atau penilaian verifikasi yang telah dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja ILP Selandar atas kejayaan memperolehi 5 bintang bagi 4 Program iaitu, Operasi Sistem Komputer [IT-020-3:2013], Pembangunan Produk Industri [MC-040-3:2013], Pembangunan Aplikasi [IT-010-3:2016] & erkhidmatan Rangkaian Komputer [IT-030-3:2013]. Manakala Program Piping Drafting (Oil & Gas) [OG-022-3:2013] memperolehi tahap penarafan 4 bintang.