PROGRAM TVET TAHFIZ

Slide01
previous arrow
next arrow

Dalam usaha memperkasakan pendidikan kemahiran di Malaysia, pelbagai inisiatif telah diambil dalam menambahbaik kualiti  pendidikan yang telah ditawarkan termasuklah inisiatif  mempertingkatkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahfiz di Malaysia. Di Malaysia khususnya, bidang ini merupakan suatu inisiatif yang menggabungkan pendidikan agama dengan kemahiran praktikal yang  bertujuan melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai ilmu dalam bidang pengajian al-Qur'an tetapi juga memiliki kemahiran teknikal yang relevan bagi meningkatkan peluang pekerjaan serta memperkukuhkan peningkatan sahsiah diri. 

Ikuti kami di TikTok untuk melihat aktiviti, projek pelajar dan perkongsian teknologi terkini:

@adtec.jtm.selandar    |     @tvettahfizilpselandar

 

PENGENALAN

Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM Kampus Selandar @ Ulul Albab telah memperkenalkan pengajian TVET Tahfiz sepenuhnya sebagai langkah menyahut inisiatif kerajaan Malaysia dalam memperkasakan kemahiran. Pengajian ini merangkumi konsep latihan dalam bidang kemahiran digabungkan dengan pengulangan hafalan Al-Quran.

TVET Tahfiz adalah laluan pembelajaran yang menggabungkan unsur TVET dan Tahfiz bagi melahirkan Huffaz Teknokrat yang akan memacu industri teknologi dan kejuruteraan dengan pekerja mahir yang berjiwa Al-Quran dan mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan.

TVET menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta Latihan berterusan dan pembangunan profesional.

OBJEKTIF
  1. Melahirkan Huffaz yang berkemahiran dalam bidang teknologi dan kejuruteraan yang global dan holistik
  2. Memperkasakan Huffaz yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi
  3. Mendokong agenda nasional dalam menjadikan Malaysia sebagai peneraju TVET
  4. Pembelajaran secara bersepadu menggabungkan aspek duniawi dan ukhrawi
KONSEP TVET TAHFIZ

Asbab melahirkan Huffaz teknokrat yang Madani, konsep TVET tahfiz ini berpotensi  menarik perhatian pelbagai pihak kerana konsep pembelajaran yang bukan sahaja mengambilkira pengukuhan hafazan,malah  pelajar juga dilatih dalam pelbagai bidang antaranya termasuk bidang kemahiran antaranya  reka bentuk grafik, pertanian dan teknologi maklumat.Program latihan yang dijalankan berteraskan konsep 30% teori dan 70% kemahiran mampu memperkukuhkan potensi pelajar dalam mendalami bidang kemahiran yang diminati.

SYARAT KEMASUKAN
 Kelayakan
  • Berumur 16 - 35 Tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 3 juzuk hafazan.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis (3M).
  • Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pengajian adalah berbeza mengikut kursus yang ditawarkan. Para pelajar akan dipersijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 yang diperaku oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia beserta pengukuhan tahap hafazan semasa . Tempoh pengajian berdasarkan kursus seperti berikut : 

  • Teknologi Komputer Sistem -1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
  • Teknologi Komputer Rangkaian - 2 tahun 3 bulan (27 Bulan)
  • Teknologi Multimedia Interaktif - 2 tahun 3 bulan (27 Bulan)
  • Teknologi Rekabentuk Produk Industri - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
  • Teknologi Minyak Dan Gas ( Lukisan Perpaipan ) - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
KAEDAH PERLAKSANAAN LATIHAN TAHFIZ

Kaedah Perlaksanaan Latihan Tahfiz kami direka khusus untuk keberkesanan maksimum. Pelajar dibimbing melalui:

  • Tasmi’: Memperdengarkan hafalan terus kepada Ustaz.
  • Murajaah: Rutin mengulang hafalan agar kekal ingatan.
  • Tahriri: Memperkukuh ingatan melalui penulisan ayat suci.
  • Harfiah: Mendalami maksud ayat secara perkataan demi perkataan.

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

Pembangunan sahsiah pelajar diperkukuh melalui Modul Pendidikan Islam yang merangkumi:

  • Tauhid: Memahami konsep Islam sebagai Ad-Din dan pemantapan akidah.
  • Feqah: Pendedahan kepada konsep dan praktikal ibadah khusus.
  • Tajwid: Penguasaan asas hukum bacaan Al-Quran.
  • Ulum Quran: Penghayatan ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran.

JADUAL LATIHAN TVET TAHFIZ

Jadual Latihan TVET Tahfiz kami direka untuk memaksimumkan produktiviti pelatih melalui empat segmen masa utama:

Sesi Pagi (5.00 - 8.00 Pagi)

Pembukaan hari dengan Tasmik Hafazan dan persiapan diri.

Sesi Teras (8.00 Pagi - 5.00 Petang)

Tumpuan intensif kepada Latihan TVET serta pelaksanaan solat Zohor dan Asar.

Sesi Petang (5.00 - 7.00 Petang)

Aktiviti kecergasan melalui Riadah Petang dan makan malam.

Sesi Malam (7.00 - 10.00 Malam)

Pengukuhan ingatan melalui Murajaah Hafazan serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

PENSIJILAN

Di ADTEC Kampus Selandar, kami melengkapkan pelatih dengan kelebihan dwi-persijilan. Graduan tidak hanya dibekalkan dengan Sijil & Diploma Kemahiran Malaysia (SKM/DKM) serta pengiktirafan industri antarabangsa (Cisco), malah turut menerima Sijil Perakuan Hafazan daripada Darul Quran JAKIM. Ini adalah bukti komitmen kami melahirkan 'Huffaz Teknokrat' yang kompeten dan holistik.

BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN YANG DITAWARAN

Bidang kemahiran yang ditawarkan di ADTEC Selandar meliputi dua bidang utama iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal Pengeluaran. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah : 

  • Teknologi Komputer Sistem
  • Teknologi Komputer Rangkaian
  • Teknologi Multimedia Interaktif
  • Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  • Teknologi Minyak Dan Gas ( Lukisan Perpaipan ) 
MANAFAAT PELAJAR TVET TAHFIZ & POTENSI KERJAYA

Selain peluang kerjaya yang meluas, para pelajar juga berpeluang mengembangkan ilmu kemahiran dengan peluang pengajian di peringkat diploma lanjutan seterusnya ke peringkat ijazah di pelbagai pengajian yang mengiktiraf kemahiran TVET seluruh Malaysia. Tambahan pula, Sijil Kemahiran Malaysia turut diiktiraf sebagai salah satu komponen syarat kelayakan pekerjaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan juga memenuhi keperluan industri semasa yang mana terdiri daripada kemahiran bekeperluan tinggi (high-demand skills) membolehkan lepasan ADTEC Selandar dipilih sebagai peneraju masa depan sesebuah organisasi yang berkaitan. 

PELUANG KERJAYA

Lepasan ADTEC Selandar bebas meneroka dunia pekerjaan, sama ada  dalam sektor kerajaan atau swasta kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 diiktiraf dalam kedua-dua sektor pekerjaan. Pelajar juga boleh memulakan kerjaya mereka dengan meneroka dunia perniagaan berasaskan perkhidmatan dalam bidang kemahiran yang berkaitan. 

  • JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER
  • JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER
  • JURUTEKNIK MEMBAIKI TELEFON PINTAR
  • PEMBANTU JURUTERA RANGKAIAN
  • PENOLONG TEKNIKAL KOMPUTER
  • PERSONAL PENYELENGGARAAN RANGKAIAN
  • PELUKIS CAD LUKISAN KOMPONEN
  • JURUTEKNIK REKABENTUK
  • PEMBUATAN BAHAGIAN MODEL/PROTOTAIP
  • KAWALAN KUALITI PEMBANGUNAN PRODUK
  • PELUKIS PELAN (PERPAIPAN MINYAK & GAS)
  • PELUKIS PELAN (STRUKTUR)
  • PELUKIS PELAN (PEMBUATAN)
KELEBIHAN BELAJAR DI ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

Yuran Pengajian Percuma!!!

  • Fasiliti yang pelbagai ( Dewan kuliah,Makmal komputer,Perpustakaan,Kafe,Kemudahan Riadah)- Percuma!!!
  • Penginapan disediakan ( Kemudahan Asrama- satu bilik 2 orang penghuni ) - Percuma!!!
  • Makan dan minum disediakan ( Dewan Makan dengan sajian 4 kali sehari ) - Percuma!!!
  • Elaun diberikan ( RM 100 bagi pelajar biasa , RM 300 bagi pelajar OKU ) 
  • Kemudahan Internet - Percuma!!!