HEBAHAN RASMI

PENAFIAN PENYALAHGUNAAN NAMA
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) SELANDAR, MELAKA / ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR BAGI TUJUAN PENIPUAN SEBUT HARGA
Pihak pengurusan institut dengan tegas menafikan sebarang penglibatan dalam urusan penipuan sebut harga yang menggunakan nama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, Melaka atau ADTEC JTM Kampus Selandar.
Dimaklumkan bahawa sebarang hebahan, panggilan, mesej, surat atau dokumen yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab berhubung perkara tersebut bukan dikeluarkan oleh ADTEC JTM Kampus Selandar mahupun mana-mana institusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Untuk makluman, semua urusan perolehan kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur kewangan dan tatacara rasmi yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, ADTEC JTM Kampus Selandar ingin menegaskan bahawa institusi ini:
Tidak melantik mana-mana ejen, orang tengah atau wakil luar bagi menguruskan urusan sebut harga atau perolehan;
Tidak mengenakan sebarang bayaran pendahuluan bagi tujuan penyertaan sebut harga; dan
Hanya menggunakan sistem serta platform rasmi kerajaan yang sah bagi semua urusan berkaitan perolehan.
Orang ramai dan pihak pembekal adalah diminta supaya sentiasa berwaspada serta tidak melayan sebarang panggilan, mesej atau dokumen yang meragukan. Sebarang cubaan memperdaya dengan menggunakan nama ADTEC, ILP atau JTM hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan institut atau pihak berkuasa berkaitan.
Pihak ADTEC JTM Kampus Selandar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau implikasi yang timbul akibat urusan dengan pihak yang menyamar atau menyalahgunakan nama jabatan.
Sebarang pertanyaan atau pengesahan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi:
Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset (BPPA)
Telefon: 06-530 3000
E-mel: