BERITA & AKTIVITI

AKTIVITI BRISKWALK WARGA ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

18 November 2025 - Warga ADTEC JTM Kampus Selandar turut menjayakan Aktiviti Briskwalk bagi menyokong amalan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal. Program ini telah dilakukan bertempat di Taman Rekreasi Machap, sekaligus memberi peluang kepada warga kerja untuk menikmati suasana semula jadi sambil beriadah bersama rakan-rakan setugas.

Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan kesihatan tubuh badan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dan membina semangat kebersamaan dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Selandar. Semoga inisiatif seperti ini terus memupuk budaya kerja sihat, ceria dan produktif dalam organisasi.

Slide