26 September 2025 - Tanggal 03 Rabiul Akhir 1447H menjadi detik bersejarah buat warga ADTEC JTM Kampus Selandar kerana pertama kali meraikan kejayaan 22 orang pelajar Tahfiz yang telah selesai menjalani latihan dan telah ditauliahkan dengan sijil SKM tahap 3 bagi program pengajian sepenuh masa, iaitu Kursus Teknologi Komputer Sistem. Pengajian selama 15 bulan telah berjaya diselesaikan dengan penuh kecemerlangan.
Majlis turut disantui oleh Pengarah Proton Institute (ADTEC Melaka) merangkap Pengerusi Kemahiran Wilayah Selatan, Yang Berusaha Ts. Dr. Norhuda bt Salim bersama Al Fadhil Ustaz Yazid bin Hj. Musa, Pengerusi Madrasah Al Qura Alor Gajah Melaka.
Tahniah dan syabas diucapkan buat semua pelajar. Semoga kejayaan yang dirai menjadi permulaan kepada kembara Huffaz Teknokrat Madani yang lebih cemerlang, mahupun di dunia dan akhirat kelak.