BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN RASMI KE NEMATIX (M) SDN BHD BAGI PERBINCANGAN MODUL LATIHAN GENERATIVE AI

 

29 Mei 2025 - Satu kunjungan rasmi telah diadakan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar, Tuan Ts. Rostam bin Hashim bersama Timbalan Pengarah Latihan, Tuan Mohamad Shamsul Rizal bin Rozak ke syarikat Nematix (M) Sdn Bhd.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan modul latihan berkaitan teknologi Generative AI yang dirancang untuk dilaksanakan bersama ADTEC JTM Kampus Selandar. Perbincangan ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuhkan kerjasama antara institusi latihan teknikal dan pihak industri selari dengan perkembangan pesat teknologi semasa.

Pihak Nematix turut menyambut baik inisiatif ini dan menzahirkan komitmen untuk bersama-sama membangunkan kandungan latihan yang relevan serta memenuhi keperluan industri masa kini.

Kerjasama ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan kemahiran pelajar serta memperluas pendedahan mereka terhadap aplikasi teknologi terkini, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan Generatif

Slide