27 dan 28 Oktober 2025 - Bengkel Teknologi Komputer (Sistem) telah menjalankan Kursus Computer Organization and Architecture, dengan penyertaan seramai 21 orang peserta (Guru dan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin) dan dibimbing oleh Pn. Maslina dan En Meor Shafri selaku tenaga pengajar.
Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman mendalam tentang konsep asas organisasi dan seni bina komputer serta mendedahkan peserta kepada komponen utama sistem komputer termasuk CPU, memori dan sistem input/output.
Kursus ini juga bertujuan untuk menjelaskan hubungan antara perkakasan dan perisian dalam melaksanakan arahan komputer, serta meningkatkan kemahiran peserta dalam analisis prestasi dan reka bentuk sistem komputer.
Secara keseluruhannya, kursus Computer Organization and Architecture telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada semua peserta.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat dalam perjalanan pembelajaran dan kerjaya kelak.