Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

LAWATAN DELEGASI ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR KE ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

04 Februari 2026 - Satu lawatan rasmi dari ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur telah diadakan ke ADTEC JTM Kampus Selandar. Lawatan ini melibatkan seramai sebelas (11) orang delegasi yang diketuai oleh Ts. Dr Mohamad Asrofi bin Muslim selaku Timbalan Pengarah Latihan.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai fungsi, program dan pencapaian ADTEC JTM Kampus Selandar yang telah disampaikan oleh Ts. Rostam bin Hashim, Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar.

Antara pengisian utama sepanjang lawatan ini adalah seperti berikut:
• Pembentangan mengenai Program TVET Tahfiz
• Perkongsian pengalaman dalam pelaksanaan program latihan dan pengurusan pelajar
• Sesi soal jawab dan pertukaran pandangan

Lawatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta perkongsian pengalaman berkaitan pelaksanaan Program TVET Tahfiz, selaras dengan hasrat delegasi untuk melaksanakan latihan TVET Tahfiz di ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjalan dengan lancar, diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Program TVET Tahfiz yang lebih berkesan di masa hadapan.

Slide