Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

LAWATAN PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET ICT DARIPADA CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (CTM), JABATAN TENAGA MANUSIA

11 Februari 2026 - Lawatan Pemeriksaan Pelupusan Aset ICT Tahun 2026 telah berlangsung pada 11 Februari 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Selandar. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha Jabatan dalam memastikan pengurusan aset ICT dilaksanakan secara teratur, telus dan mematuhi tatacara pelupusan yang ditetapkan.

Sepanjang sesi pemeriksaan, semakan fizikal aset dan padanan rekod telah dibuat bagi memastikan status aset adalah tepat serta proses pelupusan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik. Langkah ini turut membantu memperkukuh kawal selia aset, mengelakkan pembaziran, dan menyokong kecekapan pengurusan sumber jabatan.

Terima kasih kepada wakil Cawangan Teknologi Maklumat (CTM), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu Puan Nor Azizah Binti Ahmad Zabidin, Puan Nurain Binti Abd Halim dan Puan Norainis Farhana binti Mat Saad atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang lawatan. Semoga inisiatif ini terus memperkukuh amalan pengurusan aset ICT yang lebih kemas dan berintegriti.

Slide