07 Oktober 2025 - Pelajar-pelajar Bahagian Teknologi Komputer (Rangkaian), ADTEC JTM Kampus Selandar telah berjaya menjalani lawatan ilmiah ke Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lawatan ini merupakan peluang berharga untuk peserta mendapatkan pendedahan terhadap teknologi rangkaian terkini, menyaksikan secara langsung suasana kerja dan sistem profesional di Cisco, mengukuhkan ilmu serta kemahiran teknikal yang dipelajari di dalam kelas, dan seterusnya meningkatkan motivasi serta kesedaran terhadap prospek kerjaya masa depan dalam bidang ICT.
Terima kasih kepada Cisco Malaysia atas sambutan yang sangat mesra dan peluang pembelajaran yang bermanfaat. Moga lawatan ini beri inspirasi dan semangat baru kepada semua pelajar untuk terus cemerlang di dunia teknologi