7 Julai 2025 - Mahrajan TVET Tahfiz telah berlangsung dengan jayanya menerusi termetarainya pertukaran dokumen bersama rakan strategik dalam memartabatkan TVET TAHFIZ di ADTEC JTM Kampus Selandar.
Program ini turut merangkumi pameran industri dari pelbagai Institusi Kemahiran serta dari agensi Kerajaan dan Swasta.
Selain daripada jalinan komuniti, pameran ketenteraan serta jualan Rahmah turut memberi peluang kepada komuniti untuk mengenali lebih dekat ADTEC JTM Kampus Selandar dalam usaha membangun Huffaz Teknorat Madani.