BERITA & AKTIVITI

MAJLIS PERPISAHAN & JUNJUNGAN KASIH USTAZ AKMAL

21 November 2025 - Majlis Perpisahan & Junjungan Kasih, anjuran Kelab Sukan & Ukhwah (KSU) ADTEC JTM Kampus Selandar telah berlangsung dengan penuh kesyukuran bertempat di Pusat Sumber, ADTEC JTM Kampus Selandar sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bimbingan dan sumbangan Ustaz Akmal sepanjang berkhidmat. 

Program dimulakan dengan Bacaan Yasin seawal 8 pagi diikuti ucapan Naib Pengerusi KSU dan Tuan Pengarah, Ts. Rostam Bin Hashim. Turut ditayangan video montaj istimewa buat Ustaz Akmal serta iringan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Sazali.

Suasana majlis diserikan dengan sesi jamuan, penyampaian cenderahati dari setiap Pengajar dan ucapan penghargaan daripada rakan-rakan setugas.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan segala yang dirancang mendapat keberkatan Allah SWT. Terima kasih Ustaz Akmal, moga terus maju di destinasi baharu.

Slide