Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

MAJLIS PERPISAHAN SEKALUNG BUDI ENCIK NAZRY BIN YUSOF

13 Februari 2026 - Ada pertemuan yang membuka pintu rezeki, ada perpisahan yang mendewasakan diri. Kita tidak pernah benar-benar kehilangan, cuma bertukar haluan untuk mencari makna hidup yang tuhan gariskan. Hadirnya membawa makna, perginya meninggalkan doa.

ADTEC JTM Kampus Selandar sekali lagi kehilangan sebutir permata yang tidak ternilai harganya. Selamat maju jaya buat Encik Nazry Bin Yusof yang bakal menyeruskan khidmat baktinya di ADTEC JTM Kampus Sandakan, Sabah. Terima kasih atas segala bimbingan, dedikasi, dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di sini.

Kehilangan seorang  rakan sekerja yang berkaliber pastinya dirasai, namun keluarga ADTEC JTM Kampus Selandar mendoakan agar fasa seterusnya dalam hidup Encik Nazry dilimpahi kejayaan dan keberkatan.

Slide