12 November 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah menerima kunjungan daripada Bahagian Kawalan Teknikal Jabatan Tenaga Manusia dalam usaha memantapkan pembangunan TVET Tahfiz di peringkat ibu pejabat.
Kunjungan kali kedua ini diketuai oleh Ts.Mohd Nor Azlan binti Mohamed Sidek,Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Teknikal JTM dan hasil perbincangan dilihat telah berjaya memperhalusi garis panduan pembangunan TVET Tahfiz yang bakal menjadi modul rujukan dalam mewujudkan kursus dalam bidang kemahiran berasaskan TVET Tahfiz di Malaysia.
Semoga perbincangan kali ini memberikan gambaran pelaksanaan yang mapan dalam peranan menjayakan misi melahirkan 125000 huffaz professional menjelang 2050 melalui bidang TVET Tahfiz di Malaysia.
