BERITA & AKTIVITI

PENGUKUHAN KEMAHIRAN ICT MELALUI KJP: PEMBANGUNAN LAMAN WEB JOOMLA 5

 

30 Jun 2025 - Program Kursus Jangka Pendek (KJP) bertajuk "Pembangunan Laman Web Joomla 5" telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 26 Julai 2025 di Makmal Komputer Aras Bawah, Pusat Sumber, ADTEC JTM Kampus Selandar. Kursus ini memberi penekanan kepada pembangunan laman web dari kosong menggunakan platform Joomla 5 yang terkini dan lebih mantap.

Peserta terdiri daripada Sistem Admin dan Webmaster, Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM), ADTEC JTM Kampus Pedas, Negeri Sembilan. Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang sesi amat dihargai, dan jelas menunjukkan kesungguhan mereka dalam meningkatkan kemahiran teknikal masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugas seharian serta menyumbang kepada pembangunan digital jabatan yang lebih cemerlang.

Slide