13-14 Jun 2026 - Bertempat di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakub Tanjung Minyak Melaka, para huffaz berkesempatan menyantuni himpunan para hafiz dari madrasah, pusat tahfiz serta pusat pengajian agama sekitar negeri Melaka.
Program menghimpunkan para agamawan, para hafiz serta berkesempatan bertukar-tukar informasi, pendapat serta perkongsian ilmiah yang dilihat mengukuhkan ukhwah sesama umat Islam dalam usaha mendepani cabaran dunia moden masa kini.
Semoga peroleh keberkatan serta jalinan ukhwah yang berkekalan.
