02 Disember 2024 – ILP Selandar telah berpeluang menyertai 𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗞𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 "𝗝𝗼𝗺 𝗝𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗣𝗿𝗼𝘁𝗲𝗴𝗲 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮" yang bertempat di 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 (𝗨𝗧𝗲𝗠). Dengan penyertaan seramai 107 orang pelajar ILP Selandar, program dilihat telah memberi pendedahan awal dalam mengorak langkah membentuk usahawan yang berjaya.
Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya sesi perkongsian bersama ikon usahawan muda negara termasuklah pengasas Joe’s Barbershop (Safwan Bahtiar) serta pengasas pusat pendidikan tambahan MC+ Tuan Shakib bin Shamsudin.
Semoga dengan penyertaan para pelajar ILP Selandar dalam program ini membuka peluang dan ruang dalam menggabungkan bakat kemahiran dengan peluang menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan.