21 - 23 November 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar berkesempatan menyantuni komuniti melalui Program CSR bersama kariah Masjid Al Firdaus Kampung Bukit Senggeh, Selandar.
Pelbagai perkongsian ilmu, pengalaman serta sesi pemantapan ibadah telah berlangsung di sepanjang program dijalankan.
Para peserta turut berkesempatan memeriahkan Karnival Cinta Rasul bertempat di Masjid Al Ghaffar Jasin.
Semoga kembara ilmu para huffaz ini memberi pengalaman berharga buat para peserta dalam misi dakwah disamping berkongsi informasi berkaitan dunia kemahiran TVET yang mendukung pengajian berkaitan bidang tahfiz.
