BERITA & AKTIVITI

SESI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2025 KE ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

 

7 Julai 2025 - Selamat datang diucapkan kepada para pelajar baharu yang melapor diri ke Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Selandar bagi sesi pengajian 2/2025.

Pada 7 Julai 2025, menyaksikan suasana penuh semangat dan harapan apabila para pelajar, bersama ibu bapa dan penjaga, hadir untuk memulakan langkah pertama dalam perjalanan pendidikan Tvet Tahfiz di bawah naungan Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Kami di ADTEC JTM Kampus Selandar amat berbesar hati menerima anda semua sebagai warga baharu kami. Semoga kejayaan di dunia & akhirat menjadi milik anda sepanjang pengajian di sini.

“𝑆𝑒𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑝𝑒𝑟𝑚𝑢𝑙𝑎𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑒𝑏𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑢𝑙𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑖. 𝑇𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑢𝑠𝑎ℎ𝑎, 𝑏𝑖𝑛𝑎 𝑖𝑚𝑝𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑒𝑛𝑡𝑖 𝑏𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎𝑟. 𝐴𝑛𝑑𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑒𝑝𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑘𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎!”

Slide