13 Mac 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar menyahut seruan mewujudkan persekitaran bebas jenayah dengan menjayakan satu sesi perkongsian bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sesi perkongsian berkenaan bahaya narkotik telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) Jasin, Insp. Nurul Farhan binti Mohd Saad. Para pelajar diberi peringatan akan kesan pengambilan narkotik serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan. Sesi seterusnya pula merupakan sesi perkongsian mengenai advokasi serta enakmen berkaitan dengan kesalahan-kesalahan jenayah termasuklah jenayah siber serta buli. Perkongsian telah dijayakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, YDH DSP Nor Azlinda Hj Nordin.
Dalam sesi perkongsian ini, Tuan Pengarah turut berkongsi tips bagi mencegah jenayah iaitu melalui 3P : PEKA, PEDULI dan PILIH. Peka kepada sebarang bentuk atau risiko berlakunya jenayah, Peduli dengan cara melaporkan sebarang aktiviti jenayah yang berlaku serta Pilih rakan atau orang sekeliling yang tidak mudah terjebak dengan jenayah sebagai langkap mencegah jenayah.
Marilah kita bersama memperkasakan komuniti dengan pengetahuan undang-undang dan langkah pencegahan serta membina persekitaran yang sifar jenayah.
Polis dan masyarakat berpisah tiada.
