Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN STRATEGIK POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

06 Februari 2026 - Satu lawatan rasmi dari  Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Selandar. Lawatan ini melibatkan delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Nor Azlinda Hj. Nordin bersama anggota dari IPD Jasin, Sarjan Sukri bin Kamarulzaman serta Koperal Muhamad Farhan bin Taramshah anggota dari Balai Polis Selandar.
⁣⁣
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai program dan pencapaian ADTEC JTM Kampus Selandar yang telah disampaikan oleh Ts. Rostam bin Hashim, Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar.⁣⁣
⁣⁣
Antara pengisian utama sepanjang lawatan ini adalah seperti berikut:⁣⁣
● Memperkukuh aspek keselamatan serta pencegahan jenayah di peringkat institusi pendidikan.
● Kerjasama ini melibatkan program kesedaran, perkongsian maklumat dan pelaksanaan aktiviti keselamatan secara bersepadu.
● Inisiatif ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran kampus yang selamat serta meningkatkan hubungan strategik antara agensi penguatkuasaan bentuk advokasi dalam pemantapan organisasi
● Perkongsian dalam program-program yang membantu memantapkan jatidiri dan integriti warga ADTEC JTM Kampus Selandar
● Sesi soal jawab dan pertukaran pandangan⁣⁣
⁣⁣
Semoga lawatan ini memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman dalam mengharmonikan kerjasama sesama komuniti selaras dengan hasrat delegasi untuk mewujudkan komuniti yang bebas jenayah.

Slide