BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI TAKLIMAT PENGENALAN SYARIKAT INFRA MINDA GLOBAL SDN BHD

 

18 Julai 2025 - Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Selandar telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Syarikat Infra Minda Global Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian teknologi kreatif dan inovatif dalam bidang multimedia.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan syarikat kepada pihak institusi, di samping menjalin kerjasama strategik dalam aspek latihan serta pembangunan kemahiran berkaitan industri kreatif digital.

Kerjasama ini dilihat berpotensi untuk memperkukuh kemahiran pelajar dan tenaga pengajar dalam bidang multimedia serta memberi nilai tambah kepada ekosistem latihan teknikal negara.

Pihak ADTEC JTM Kampus Selandar amat menghargai inisiatif yang ditunjukkan oleh Infra Minda Global dan berharap agar pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi jangka panjang yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, terutamanya dalam melahirkan tenaga kerja mahir sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Slide