11 November 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah menerima kunjungan hormat daripada ADTEC JTM Kampus Kepala Batas, Pulau Pinang. Kunjungan kali kedua ini diketuai oleh Pn. Rohaya binti Jaafar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan ADTEC JTM Kampus Kepala Batas dengan misi membincangkan tatakerja dalam usaha mewujudkan kursus berteraskan TVET Tahfiz di ADTEC JTM Kampus Kepala Batas, Pulau Pinang.
Semoga lawatan penanda aras ini memberikan gambaran pelaksanaan yang mapan dalam peranan menjayakan misi melahirkan 125000 huffaz professional menjelang 2050 melalui bidang TVET Tahfiz di ILJTM seluruh Malaysia.

