Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

MAJLIS APRESIASI GRADUAN HAFL AL TAKHARRUJ TVET TAHFIZ PEMGAMBILAN SESI 1/2025

01 April 2026 - Alhamdulillah, selesai sudah Hafl Al Takharruj TVET Tahfiz pada hari ini. Berbekalkan kemahiran di tangan dan Al-Quran di dada, para huffaz teknokrat melangkah keluar bukan sekadar sebagai tenaga kerja mahir, tetapi sebagai huffaz yang sedia menyumbang kepada ummah.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar yang tidak jemu mendidik pelajar-pelajar menyimbangi antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Mohon doa semua agar terus istiqamah dalam menjaga amanah wahyu ini di mana jua mereka berada.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Ts. Rostam Bin Hashim yang turut menitipkan bait nasihat kepada para graduan yang diraikan hari ini. Beliau mengingati para graduan untuk sentiasa mengekalkan komitmen dalam kualiti kerja, tidak meninggalkan Al-Quran walau apa sahaja keadaan serta terus mencari peluang dalam menimba ilmu dalam bidang kemahiran.

Para graduan turut dinasihatkan untuk sentiasa membawa nama baik ADTEC JTM Kampus Selandar kerana mereka merupakan duta tvet tahfiz yang mewarnai dunia kemahiran madani.

Syabas dan tahniah atas kejayaan menamatkan latihan dalam bidang TVET Tahfiz . Semoga kejaayan yang dirai menjadi inspirasi kepada pembangunan huffaz teknokrat madani.

Slide