11 Julai 2025 - Kembara perjalanan para Huffaz Teknokrat yang bermula pada 07 Julai 2025, menyaksikan terbinanya ukhwah sesama pelajar baharu serta peluang mengenali ADTEC JTM Kampus Selandar dengan lebih dekat.
Majlis turut menyaksikan perutusan amanat dari Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar, Ts. Rostam bin Hashim yang menitipkan semangat cintakan ilmu kemahiran secara holistik, memperhalusi kemahiran komunikasi disamping memperkukuhkan kemahiran hafazan sedia ada.
Selamat menimba ilmu buat para huffaz di ADTEC JTM Kampus Selandar. Semoga perjalanan kalian dilindungi serta dirahmati Allah SWT.