BERITA & AKTIVITI

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR VS KOLEJ KOMUNITI SELANDAR

08 Oktober 2025 - Perlawanan persahabatan yang berlangsung semalam berjalan dalam suasana penuh semangat kesukanan dan silaturrahim antara dua institusi pendidikan setempat.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan atas semangat dan aksi terbaik di atas padang! Kemenangan ini bukan hanya tentang jaringan, tetapi tentang semangat berpasukan, disiplin dan ukhuwah yang terjalin. 

Terima kasih kepada Kolej Komuniti Selandar atas perlawanan yang sengit dan penuh semangat kesukanan. Semoga hubungan baik ini terus dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang.

🏆 Keputusan Penuh:
ADTEC JTM Kampus Selandar 6 – 1 Kolej Komuniti Selandar

Slide