BERITA & AKTIVITI

PERBINCANGAN KERJASAMA DAN HALATUJU TVET TAHFIZ BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK

 

30 Mei 2025 - Meneruskan permuafakatan kemahiran di kawasan utara, penjelajahan perbincangan kerjasama diteruskan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Haji Zakaria bin Abd. Razak atas kesudian menerima kunjungan delegasi ADTEC JTM Kampus Selandar.

Semoga kerjasama yang terjalin menjadi pemacu kepada kembara suci kampus dalam usaha melahirkan huffaz teknokrat berjiwa madani.

BERSAMA PERKASA TEKNOKRAT HUFFAZ DI MALAYSIA

Slide