04 Mac 2026 - Satu perjumpaan diantara UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka & ADTEC JTM Kampus Selandar telah diadakan bagi membincangkan program CSR anjuran UiTM yang bakal dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Selandar bersama-sama pelajar TVET Tahfiz.
Program CSR yang dicadangkan ini dijadualkan pada bulan Jun - Julai 2026 dan MoA pada Julai 2026.
Perjumpaan ini telah diwakili oleh Encik Mohd Noorlizam bin Md. Ali, Penolong Pengarah Bahagian Promosi Dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) bersama Encik Atif bin Sheikh Ismail, dan disambut oleh Ketua Projek, Dr Arnida binti Jahya bersama pasukan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.
