BERITA & AKTIVITI

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT SEMPENA KARNIVAL BACA PERDANA 2025

15 Oktober 2025 - Sekitar Program Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 peringkat ADTEC JTM Kampus Selandar yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Oktober 2025.

Program ini anjuran Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM) ADTEC JTM Kampus Selandar bertujuan memperkukuh budaya membaca dan menanam semangat cintakan ilmu dalam kalangan warga Institut.

Penglibatan aktif warga Institut jelas mencerminkan komitmen tinggi terhadap usaha menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang berterusan dan sumber inspirasi pembelajaran sepanjang hayat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kakitangan dan pelajar  atas penglibatan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Semoga semangat membaca terus subur dalam kalangan warga Institut dan menjadi inspirasi kepada ADTEC JTM Kampus Selandar.

Slide