Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PROGRAM TADARUS AL-QURAN: RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 1447H/2026M DAERAH JASIN

02 Mac 2026 - Program Tadarus Al-Quran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan bagi Tahun 1447H/2026M merupakan inisiatif kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin dan ADTEC JTM Kampus Selandar dalam menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui pengisian kerohanian yang bermakna.

Pada 2 Mac 2026 (Hari Pertama), program telah berlangsung di Surau As Syakirin, ADTEC JTM Kampus Selandar dengan penyertaan seramai 312 peserta yang terdiri daripada para penuntut serta pegawai dan kakitangan. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen warga kampus dalam memanfaatkan Ramadan dengan aktiviti yang membina sahsiah dan memperkukuh nilai keinsanan.

Program ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus. Semoga pengisian sepanjang 2 hingga 5 Mac 2026 berjalan lancar dan terus menjadi pemangkin kepada budaya ilmu, amal dan budi dalam komuniti ADTEC JTM Kampus Selandar.

Slide