15 Mac 2026 - Suasana penuh kemeriahan di Masjid Al-Abrar, Semabok Melaka apabila para huffaz ADTEC JTM Kampus Selandar selaku peserta khatam Al-Quran telah mengimarahkan masjid bagi menjayakan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan dan turut dihadiri oleh YB Datuk VP Shanmugam a/l Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong serta YBrs Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Program ini membuktikan belia dan masjid terus bersatu menyemarakkan Ramadan sekaligus mengukuhkan semangat komuniti dan nilai kebersamaan dalam kalangan anak muda.

